Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Sabtu, 4 April 2026 | 15 Syawal 1447H | 09:07
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM

Terbaik dari Kami

MISI VISI DAN MOTTO

EPMS Portal - Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam
 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM

VISI, MISI DAN MOTTO
VISI"PEMACU PEMBANGUNAN DAERAH SEJAHTERA SELANGOR"
MISI"MEMPERKASAKAN PENGURUSAN TANAH DAN MEMPERTINGKATKAN PEMBANGUNAN INKLUSIF MELALUI TRANSFORMASI URUS TADBIR KE ARAH KESEJAHTERAAN MASYARAKAT"
MOTTO"TERBAIK DARI KAMI"
ETIKA KERJA
1Sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dari masa ke semasa.
2Mewujudkan suasana yang harmoni dan cekap dalam perkhidmatan.
3Memupuk tanggungjawab bersama dalam perkhidmatan.
4Memelihara kepercayaan yang diberikan dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.
5Membentuk sikap kakitangan kerajaan supaya menyokong dasar-dasar kerajaan.
NILAI-NILAI BERSAMA
PROAKTIF
Menganalkan sikap positif dalam merancang, mengawal tindakan, membuat keputusan dan melaksanakan sesuatu kerja jauh lebih awal daripada jangkaan sebenar supaya keputusan yang dihasilkan baik dan berkualiti.
DINAMIK
Optimis dalam melaksanakan tugasan dan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan, tempat dan masa sehingga dilaksanakan dengan jayanya demi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
TERAMPIL
Penyampaian perkhidmatan yang cekap, baik dan berkualiti dapat membangunkan prestasi organisasi dan mencerminkan gaya kepimpinan yang terampil untuk kesejahteraan kepada rakyat.
SEMANGAT BERPASUKAN
Menggembleng tenaga, pengetahuan melalui semangat kerja berpasukan yang padu ke arah mencapai visi dan misi organisasi.
BERINTEGRITI
Berkhidmat dengan penuh amanah, jujur, tulus, rasa bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja dan tugasan bagi mengelakan sebarang bentuk penyelewengan.
"Khidmat Cemerlang, Organisasi Terbilang"

  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Tanjung